




KUALA LUMPUR, 5 Februari 2026 β YAB Datoβ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan ekonomi negara tidak boleh dinilai melalui angka dan statistik semata-mata, sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kesejahteraan sebenar yang dirasai rakyat dalam kehidupan seharian, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Berucap pada Forum Ekonomi Malaysia, YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia kini berada pada landasan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh dengan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sekitar 4.9 peratus pada tahun 2025 dan kadar inflasi terkawal pada 1.6 peratus.
Menurut beliau, peningkatan keyakinan pelabur serta pengukuhan nilai ringgit mencerminkan pemulihan kepercayaan terhadap disiplin fiskal, kejelasan dasar serta kesungguhan Kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus negara.
YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa kepercayaan ini terhasil daripada pendirian jelas Kerajaan MADANI yang tidak berkompromi terhadap rasuah serta komitmen berterusan dalam memperkukuh integriti dan reformasi institusi.
Beliau turut mengingatkan bahawa tanpa akauntabiliti, tiada kredibiliti; dan tanpa kredibiliti, pertumbuhan yang mampan tidak dapat dicapai.
Foto oleh: Muhammad Faiz bin Norzani (Pejabat TKSUK)
JabatanPerdanaMenteri
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
