
6 Feb 2026
Kerajaan terus komited menangani isu penginapan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem pendidikan negara di bawah Rancangan Pendidikan Negara 2026β2035.
Melalui kerjasama strategik antara universiti dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), langkah proaktif dilaksanakan bagi memastikan kebajikan serta keselesaan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.
Antara komitmen utama inisiatif ini ialah:
- Penyediaan 5,000 unit penginapan tambahan untuk pelajar IPTA;
- Penetapan yuran penginapan yang tidak membebankan pelajar dan keluarga.
Usaha ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan dalam:
- Menjamin akses penginapan yang selesa dan selamat;
- Menyokong persekitaran pembelajaran yang kondusif;
- Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
Penginapan yang selesa bukan sekadar kemudahan, tetapi asas penting dalam melahirkan generasi pelajar yang fokus, berdaya saing dan bersedia membina masa depan negara.
JabatanPerdanaMenteri
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
