






.
๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐, ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang mengadakan latihan menembak bersama rakan strategik termasuk pengamal media sebagai sebahagian pengisian Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-21 Maritim Malaysia yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Latihan selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok itu melibatkan warga Maritim Malaysia serta 7 orang rakan media dari Pulau Pinang, bertempat di Lapang Sasar Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Air Hitam, di sini.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, latihan berkenaan dianjurkan bagi memperkukuh tahap kecekapan, kemahiran dan kesiapsiagaan pegawai serta anggota Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan di perairan negara.
Menurut beliau, latihan berkala seumpama itu penting bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi anggota sentiasa berada pada tahap optimum, sejajar dengan cabaran operasi yang semakin kompleks dan berisiko.
โPenglibatan rakan strategik termasuk pengamal media bukan sahaja memberi pendedahan secara langsung terhadap aspek operasi Maritim Malaysia, malah mencerminkan hubungan kerjasama yang erat dan saling menyokong antara agensi ini dengan pihak berkepentingan,โ katanya.
Beliau berkata, kerjasama berterusan tersebut turut membantu memperkukuh kefahaman serta melancarkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, khususnya di perairan utara Semenanjung Malaysia.
Dalam pada itu, penganjuran latihan berkenaan selari dengan tema Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-21 Maritim Malaysia, โMaritim Diperkasa, Samudera Terpeliharaโ, yang menzahirkan komitmen agensi dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
.
