๐—ญ๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—”๐—— ๐——๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— 

.
๐—ž๐—จ๐—ก๐—”๐—ž, ๐Ÿฑ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Usaha memperkukuh keselamatan perairan serta tadbir urus penguatkuasaan terus diperkasa apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu mengadakan dua sesi kunjungan hormat berasingan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Kunjungan hormat ke IPD Kunak memberi fokus kepada isu keselamatan perairan dan kawasan pesisir Kunak yang menjadi antara tumpuan utama penguatkuasaan di Zon Sabah Timur.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh koordinasi operasi dan perkongsian maklumat risikan antara kedua-dua agensi dalam menangani jenayah maritim serta ancaman keselamatan di perairan Lahad Datu dan pesisir Kunak.

Menurut beliau, perbincangan turut memberi tumpuan kepada keperluan pengoperasian bersama, kesiapsiagaan menghadapi ancaman rentas sempadan serta pemantapan saluran komunikasi antara Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

โ€œKerjasama berterusan antara agensi penguatkuasaan amat penting bagi memastikan tindakan pantas dan berkesan dapat dilaksanakan demi keselamatan perairan serta kesejahteraan masyarakat setempat,โ€ katanya.

Dalam kunjungan berasingan ke pejabat SPRM Lahad Datu pula, perbincangan menjurus kepada pemantapan aspek integriti, pematuhan prosedur operasi standard serta usaha memperkukuh tadbir urus dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan maritim. Delegasi Maritim Malaysia telah disambut oleh Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu, Tuan Azman bin Indus.

Komander Maritim Dzulfikhar menegaskan bahawa hubungan strategik bersama SPRM amat penting dalam memastikan setiap pegawai dan anggota sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan, akauntabiliti serta bebas daripada sebarang salah laku.

โ€œMaritim Malaysia komited untuk memastikan elemen integriti sentiasa menjadi teras dalam setiap pelaksanaan tugas, selari dengan peranan SPRM sebagai agensi peneraju pencegahan rasuah di negara ini,โ€ ujarnya.

Terdahulu, delegasi Zon Maritim Lahad Datu yang turut disertai Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Mohd Firdos Ayob; Timbalan Pengarah Keselamatan Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Madya Maritim Mohd Izzam Robani; Timbalan Pengarah Logistik Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Madya Maritim Ts. Hattah bin Talani; serta Pegawai Operasi Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering, telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak pengurusan kedua-dua agensi.

KUNJUNGAN HORMAT

Kedua-dua kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh sinergi antara agensi penguatkuasaan serta institusi integriti demi memastikan keselamatan perairan negara dan tadbir urus perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *