



Wartawan JM
6 FEB. 2026
Kementerian Digital hari ini menegaskan komitmen kerajaan dalam memacu transformasi digital negara, dengan menyeru kolaborasi strategik daripada seluruh agensi dan jabatan bagi menjayakan Polisi Pendigitalan Data Sektor Awam (PPDSA).
Kenyataan media Kementerian Digital memaklumkan kesepaduan rentas agensi melalui polisi ini merupakan langkah proaktif bagi memastikan agenda pendigitalan nasional dapat dilaksanakan secara holistik
dan mampan.
Majlis peluncuran Polisi Pendigitalan Data Sektor Awam dan Perluasa “Malaysian Government Central Data Exchange” (MyGDX) pada
10 Februari 2026 akan mengangkat tema “Digital Automation through
Technological Advancement” (D.A.T.A.), sebagai manifestasi jelas
komitmen kerajaan untuk menghapuskan titik keluhan birokrasi sekali gusmeningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat Malaysia.
STATUS NEGARA MAJU
Dalam usaha memacu Malaysia ke arah status negara maju, PPDSA dirangka khusus untuk menangani rintangan teknikal dan ketiadaan garis panduan seragam yang selama ini membelenggu urusan secara konvensional.
Amalan kerja manual dan penyimpanan data secara terasing (silo) dikenal pasti sebagai
punca utama ketidakselarasan maklumat merentas kementerian, yang sekali gus menjejaskan integriti data serta kualiti pembuatan keputusan kritikal di peringkat tertinggi kerajaan.
Polisi ini turut menetapkan standard baharu dalam tadbir urus data bagi
meminimumkan risiko kebocoran maklumat.
Selain memperkukuh infrastruktur,
PPDSA menekankan pembangunan kapasiti penjawat awam melalui pelan
kerjaya digital yang terancang bagi memastikan kelestarian sistem jangka
panjang.
BUDAYA KERJA MODEN
Peralihan daripada proses manual kepada automasi digital akan
memupuk budaya kerja moden yang berasaskan data sahih serta boleh
dipercayai.
Dalam usaha memacu Malaysia ke arah status negara maju, sektor awam
masih berdepan cabaran teknikal yang memerlukan penyelesaian kolektif melalui kerjasama pintar.
Bagi mendepani cabaran tersebut, PPDSA menetapkan kerangka perkongsian data yang sistematik mengikut kategori Rahsia Besar, Rahsia, Sulit, Terhad, dan Terbuka.
Menterjemahkan aspirasi tema D.A.T.A., perkongsian maklumat melalui MyGDX direka untuk menoktahkan amalan pengumpulan dan pengesahan data secara manual yang selama ini membebankan penjawat awam.
PENGLIBATAN 81 AGENSI
Sehingga awal 2026, MyGDX menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan
penglibatan 81 agensi, merangkumi 51 agensi pembekal dan 23 agensi
pengguna melalui 49 sistem yang telah berintegrasi.
Dengan rekod melebihi RM32 juta transaksi API, platform ini terbukti berjaya memudahkan perkongsian data kritikal secara selamat daripada agensi strategik seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), institusi pengajian tinggi, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bagi data berstatus terbuka, Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA)
melalui pautan www.data.gov.my kini menyediakan 280 set data berkualiti
tanpa menyentuh sensitiviti peribadi atau isu 3R (Race, Religion, Royalty).
KUNJUNGAN LUAR BIASA
Sejak September 2023, portal ini telah mencatatkan kunjungan luar biasa
mencecah 28 juta pelawat, sekali gus membuktikan minat tinggi rakyat
terhadap ketelusan data kerajaan.
Penerapan tema D.A.T.A. bakal melonjakkan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan awam, di mana automasi proses kerja akan meminimumkan tempoh menunggu secara drastik.
Menerusi prinsip “Once-Only”, rakyat
Malaysia tidak lagi perlu menyerahkan dokumen fizikal secara berulang kali, hasil daripada perkongsian data yang selamat dan efisien antara agensi.
DATA SECARA SISTEMATIK
Selainitu, verifikasi data secara sistematik menjamin ketepatan penyaluran bantuan serta subsidi kepada golongan sasar, sekali gus menghapuskan risiko keciciran.
Aspek keselamatan maklumat peribadi kekal menjadi keutamaan melalui kerangka perlindungan yang holistik bagi membina kepercayaan rakyat dalam jangka panjang.
Lebih membanggakan, keberhasilan polisi ini membuka ruang kepada pemanfaatan teknologi Agentic AI, yang disokong oleh barisan
penjawat awam yang kompeten dan mahir digital.
BUKAN SEKADAR AUTOMASI
Transformasi ini bukan sekadar automasi, sebaliknya ia adalah usaha
memperkasa perkhidmatan awam yang lebih inklusif dan mesra rakyat.
“Melalui tema D.A.T.A., kita menoktahkan rintangan birokrasi yang selama ini membebankan rakyat dan penjawat awam.
“Matlamat kami jelas: sebuah
kerajaan yang lebih pintar, responsif, dan telus demi membina ekosistem digital yang dipercayai, selamat, dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia,” akhiri kenyataan itu. – JM
