





βSaya amat gembira dapat menggunakan meja dan kerusi baharu pada hari ini. Saya dan rakan-rakan akan lebih bersemangat untuk belajar dengan meja yang lebih besar dan bersih serta kerusi lebih selesa,β kata Thaqif Rizqy Taufiq, 9, kepada Royal Press Office (RPO).
Thaqif merupakan antara ribuan penerima manfaat daripada sumbangan kerusi meja daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada hari ini (6 Februari).
Sebanyak 2000 set kerusi meja disumbangkan YSIJ kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk diagihkan kepada Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) yang terpilih.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan YSIJ dalam memastikan fasiliti pendidikan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Sumbangan disampaikan oleh Datoβ Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ kepada Md Radhi Ruslan, Timbalan Pengarah (Pendidikan Agama) Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan diiringi oleh Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ.
Md Radhi sifatkan sumbangan berkenaan memberi makna yang besar dalam membantu perkembangan pendidikan Islam di negeri ini.
βJAINJ amat menghargai keprihatinan YSIJ. Kelengkapan yang selesa secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah-sekolah yang terpilih,” jelas beliau.
YSIJ turut mengagihkan 460 pek makanan kepada murid-murid Sekolah Agama Taman Skudai sempena majlis serahan itu.
