π’ππ‘πŒ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€πŠπ€π ππ”πƒπ€π˜π€ π€ππ“πˆπ‘π€π’π”π€π‡ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆππ’π“πˆπ“π”π“ πŠπŽππ„π‘π€π’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

PETALING JAYA, 5 Februari – SPRM bekerjasama dengan Unit Integriti Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mengambil inisiatif menerapkan budaya antirasuah dengan menekankan punca dan rasuah dalam perolehan sempena kursus Modul Pengukuhan Integriti, Governans dan Antirasuah kumpulan pelaksana siri 2/2026.

Program dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri dari kumpulan Pelaksana di Institut Koperasi Malaysia, disini.

Fokus bengkel ini diisi dengan penilaian risiko rasuah dalam perolehan dan isu-isu yang boleh berlaku ketika melaksanakan tugasan perolehan.

Antara yang dibincangkan adalah isu berkaitan campur tangan pihak berkepentingan dalam memanipulasi tander seperti pakatan pegawai dan pembekal dalam sebutharga, arahan wahyu, penerimaan komisen atau hadiah semasa pelaksanaan perolehan, konflik kepentingan dalam perolehan dan kebocoran maklumat sulit jabatan.

Elemen interaktif turut diterapkan kepada peserta dengan pendekatan Gamifikasi Antirasuah yang bertujuan menguji kefahaman dan membentuk kepekaan terhadap isu rasuah dalam situasi sebenar.

Program yang diadakan selama 2 hari disampaikan oleh PPj Mohamad Izam bin Abd Nasir.

Selain itu, para peserta turut diminta untuk terlibat dengan latih amal dan pembentangan kajian kes yang berdasarkan situasi kes sebenar.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi pendedahan yang komprehensif mengenai bahaya rasuah dalam perolehan, malah menjadi platform penting dalam membentuk kepimpinan jabatan yang berpegang kepada prinsip integriti dan tanggungjawab.

Ia juga mencerminkan kesungguhan bersama SPRM dan Institut Koperasi Malaysia dalam mendukung usaha negara ke arah pembentukan perkhidmatan awam yang telus, cekap .

Sumber: SPRM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *