π’ππ‘πŒ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π ππ”πƒπ€π˜π€ π€ππ“πˆπ‘π€π’π”π€π‡ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπ€ππ€π π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

BANGI, 5 Februari – Lembaga Pengarah Universiti dan Pengurusan Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tekad semarakkan budaya antirasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sempena Program Pemantapan Kepimpinan Integriti dan Akauntabiliti UKM bagi tahun 2026 di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori UKM hari ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dan ucapan perasmian oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Datuk Johan Idris. Seterusnya, sesi perkongsian β€œSeksyen 17A: Implikasi Tadbir Urus” telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, KPKPj Samsul Salip.

Di akhir program, Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dan sesi menandatangani IBR antara UKM dan SPRM disaksikan oleh KPKPj Samsul Salip bersama lebih 200 Pengurusan Kanan UKM.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *