


๐ณ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu telah mengadakan latihan pengendalian ikatan hujung tali di Jeti Perikanan Lahad Datu pagi tadi.
Latihan ini melibatkan seramai 19 anggota bot ZMLD bagi meningkatkan kemahiran pengendalian tali dan teknik ikatan yang betul.
Latihan dikendalikan oleh Bintara Muda Maritim Suut Bin Kinchong dan Laskar Kanan Maritim Hamzah Bin Lahibang manakala jurulatih jemputan daripada Jabatan Laut Sabah Cawangan Lahad Datu, Encik Abd Safar bin Tambuyung dan Emcik Muhamad Jaya bin Biskai, turut hadir memberi tunjuk ajar.
Latihan ini bertujuan memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi di jeti, meningkatkan koordinasi antara anggota dalam tugasan harian, memperkukuhkan disiplin dan profesionalisme serta mempersiapkan anggota menghadapi situasi kecemasan semasa operasi laut.
