




ALOR SETAR, 7 Februari 2026 β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah (MTPNG), telah mengadakan lawatan kerja bagi membincangkan permohonan peruntukan cadangan baik pulih struktur dan naik taraf Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah.
Lawatan ini dipengerusikan bersama YBhg. Datoβ Haji Abdul Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar, melibatkan penilaian keadaan fizikal bangunan serta keperluan penaiktarafan bagi memastikan UTC Kedah terus berfungsi secara selamat, selesa dan efisien kepada rakyat.
Bangunan UTC Kedah yang terletak di Kompleks MBAS ini mempunyai sejarah pembangunan sejak tahun 1985 sebelum melalui transformasi sebagai UTC Kedah pada tahun 2013, dengan kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM49.2 juta. UTC Kedah juga merupakan UTC ke-5 yang diwujudkan di Malaysia.
Kerajaan komited memastikan kemudahan perkhidmatan kerajaan di UTC Kedah terus diperkasa sejajar aspirasi Malaysia MADANI, demi kesejahteraan dan kemudahan rakyat.
