๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—” ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐——๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐——๐—ข๐—ž๐—จ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”, ๐Ÿด ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan sebuah kapal tangki yang membawa muatan kira-kira 50 tan metrik minyak diesel bernilai hampir RM180 ribu di perairan Melaka, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, kapal tersebut ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan Operasi MURNI dan Operasi TIRIS 3.0 di perairan Selat Melaka.

Tambah beliau, hasil rondaan rutin telah mengesan sebuah kapal tangki yang sedang bersauh pada kedudukan kira-kira 1.0 batu nautika barat daya Pulau Melaka sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.

โ€œPemeriksaan mendapati, kapal tersebut membawa kira-kira 50 tan metrik bahan api disyaki minyak diesel tanpa dokumen kebenaran yang sah serta dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berumur antara 21 hingga 62 tahun.โ€

โ€œPemeriksaan lanjut turut mendapati nakhoda gagal mengemukakan invois pembelian dan mengisytiharkan kargo dalam dokumen Pelepasan Pelabuhan (Port Clearance),โ€ katanya.

Sehubungan itu, tindakan penahanan telah diambil ke atas kapal berkenaan lebih kurang pukul 3.45 petang dan kes disiasat mengikut peruntukan Akta Kastam 1967 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa permit yang sah serta gagal mematuhi peraturan pengisytiharan kargo sebagaimana yang ditetapkan.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen berterusan dalam mempergiat pemantauan di perairan negara bagi mengekang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan bahan api yang boleh menjejaskan ekonomi serta kesejahteraa negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *