Kapal tangki bawa 50 tan metrik diesel tanpa dokumen sah ditahan

8 Feb 2026

🚨 TEGAS DEMI KESELAMATAN PERAIRAN, TEGUH DEMI NEGARA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒŠ

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) khususnya Melaka, terus memperkukuh kawalan keselamatan perairan negara melalui penguatkuasaan bersepadu dan rondaan berterusan.

Sebuah kapal tangki yang membawa kira-kira 50 tan metrik minyak diesel tanpa dokumen kebenaran sah berjaya ditahan di perairan Melaka hasil pelaksanaan Operasi MURNI dan Operasi TIRIS 3.0.

πŸ’¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyelewengan yang menjejaskan keselamatan negara dan kepentingan rakyat.

β€œKeselamatan perairan dan sempadan negara adalah keutamaan Kerajaan MADANI. Penguatkuasaan yang tegas, berintegriti dan berterusan amat penting bagi memastikan hasil negara dilindungi serta kesejahteraan rakyat terpelihara.”
β€” YB Menteri Dalam Negeri.

Tindakan tegas ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dan APMM dalam membanteras aktiviti penyeludupan bahan api yang boleh menjejaskan ekonomi negara serta memastikan hasil negara tidak bolos akibat penyelewengan.

Selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI, KDN akan terus memperkasa smart enforcement, memanfaatkan teknologi dan memperkukuh tadbir urus keselamatan demi sebuah Malaysia yang selamat, berdaulat dan sejahtera.

Sumber: APMM Melaka, 8 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *