KEWARGANEGARAAN AUTOMATIK ANAK MALAYSIA🇲🇾

10 Feb 2026

(Info Ringkas)

Berkuat kuasa seawal 1 Jun 2026

Kerajaan terus komited memperkukuh kesejahteraan rakyat dan masa depan anak-anak Malaysia.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025 [Akta A1752] telah diwartakan pada 20 Mac 2025 dan kini berada di peringkat akhir bagi mendapatkan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk penetapan tarikh kuatkuasa yang disasarkan pada 1 Jun 2026.

Melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan, anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia, walaupun pasangan bukan warganegara, layak memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara kuat kuasa undang-undang, tertakluk kepada pematuhan garis panduan yang ditetapkan.

Pelaksanaan ini dijangka berkuat kuasa seawal 1 Jun 2026, selari dengan usaha Kerajaan MADANI memastikan keadilan, kepastian undang-undang dan perlindungan hak anak-anak Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memastikan pelaksanaan yang telus, teratur dan berfokuskan rakyat.

Sumber:
YB Menteri Dalam Negeri
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen Ke-15, Dewan Rakyat
9 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *