


Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 FEB 2026
Pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95) berjaya merekodkan urus niaga mencecah sehingga RM3.1 juta transaksi dalam sehari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan BUDI95 kini muncul sebagai satu kisah kejayaan yang membanggakan negara apabila pelaksanaannya semakin lancar, tersusun dan berkesan tanpa sebarang gangguan besar.
“Perkara ini saya maklumkan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini,” kata beliau dalam perkongsian di FB.
MERUPAKAN SATU BERITA
Perdana Menteri menegaskan perkembangan ini merupakan satu berita yang amat positif.
Beliau berkata ini kerana tidak banyak negara berani mengambil langkah tegas melaksanakan penyasaran subsidi, memandangkan risiko serta cabaran dari sudut penerimaan rakyat.
“Berhubung usaha membanteras sindiket penyeludupan ke negara jiran, Kerajaan MADANI menghargai keprihatinan tinggi rakyat dalam membanteras sindiket penyeludupan RON95,” kata beliau.
Jelas beliau rakyat bersama membantu mengekang ketirisan subsidi ini wajar dipuji kerana mencerminkan semangat kenegaraan serta jati diri rakyat Malaysia. – JM
