
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Kerajaan akan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa menerusi pengenalan Mekanisme SPENT dalam pindaan Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7) bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan.
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri berkata, mekanisme berkenaan membolehkan pengecualian terhadap rekod jenayah tertentu selepas individu terbabit melalui tempoh bebas jenayah atau crime-free period.
Beliau berkata pengecualian terhadap rekod jenayah itu bagaimanapun tertakluk kepada
syarat-syarat ditetapkan dan jenis kesalahan yang dilakukan.
Sumber : BERNAMA
