MAIPs badan utama institusi agama Islam perlu teruskan ketelusan, integriti, tanggungjawab – Raja Muda

Oleh: Sholina Osman
13 FEB. 2026

Sebagai sebuah institusi agama Islam yang utama di negeri Ini, amanah yang dipikul oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sejak sekian lama ini perlu diteruskan dengan penuh ketelusan, integriti, dan tanggungjawab yang tinggi.

Dalam masa yang sama, segala pendekatan dan tindakan yang dilaksanakan hendaklah sentiasa diperbaharui agar ianya selari dengan keperluan semasa serta cabaran yang semakin hebat saban hari.

Kesinambungan amanah itu bukanlah bermaksud MAIPs hanya mengekalkan pendekatan yang sedia ada (lama) semata tanpa sebarang bentuk penilaian lanjut, sebaliknya ia menuntut supaya terus menerus memperkukuhkan lagi asas yang betul, menambah baik sebarang kelemahan, serta berani melakukan penyesuaian yang wajar demi kepentingan bangsa dan juga Ummah sepertimana yang dilaksanakan sekarang.

PERLULAH BERSIFAT PRAKTIKAL

Pembaharuan dalam tindakan ini perlulah bersifat praktikal, berfokus serta berimpak tinggi.

Demikian menurut kenyataan MAIPs dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Yang Pertama Bagi Tahun 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang baharu di Kangar baru-baru ini.

Terdahulu daripada itu, turut diadakan ialah simbolik penyerahan Laporan Awal Kajian Penerapan Elemen Pembangunan Pelan Masyarakat Perlis Baharu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *