๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—จ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž

KUANTAN 13 Februari 2026 – Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk berjaya dihasilkan menerusi program ๐˜™๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ž๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜™๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di Indera Mahkota di sini hari ini.

Program ini merupakan inisiatif Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan bagaikan satu tradisi setiap kali ketibaan bulan Ramadan.

Tambah menarik apabila pengeluar santan iaitu Kara Malaysia berbesar hati menaja bahan utama resepi bubur lambuk Pahang iaitu santan.

Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM bukan sekadar bersama-sama memasak tetapi turut bermesra mengeratkan lagi jalinan silaturahim dan berkongsi rezeki bersama warga UIAM terutama kepada para pelajar.

Selain universiti, Paduka Baginda turut berkenan berangkat ke beberapa penjara sepanjang Ramadan ini untuk memasak bubur lambuk dan berkongsi rezeki dengan penghuni penjara. – KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *