
14 Feb 2026
Festival orkid yang akan berlangsung sehingga 8 Mac di taman botani diraja itu, bertepatan dengan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, dan buat kali pertama menonjolkan unsur China dalam sejarah penganjurannya selama 30 tahun.
Ia bukan sahaja mempamerkan secara sistematik kepelbagaian biologi dan budaya tradisional China, tetapi juga memperlihatkan hasil kerjasama China-Britain dalam bidang sains tumbuhan sejak dahulu lagi, sehingga dilihat sebagai satu platform penting untuk pertukaran sosiobudaya dan kerjasama ekologi antara kedua-dua negara.
Di zon utama festival itu, terdapat satu ‘naga’ gergasi yang diperbuat daripada bahan tumbuhan, dengan dihiasi pelbagai imej di sekelilingnya seperti panda, burung phoenix dan bangau. Pameran bunga orkid terserlah di sebalik susunan tanglung dan ukiran patung yang rapi.
Sumber: Berita BERNAMA
