
14 Feb 2026
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bersedia sepenuhnya untuk disiasat mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti perkara berkaitan pemilihan sahamnya.
Beliau berkata tiada perkara untuk disembunyikan dan semua pengisytiharan kewangan serta harta telah dibuat selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa melalui saluran rasmi ditetapkan.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya terbuka sepenuhnya untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus perkara berkaitan pemilikan saham saya.
“Saya mengalu-alukan sebarang proses yang telus, bebas dan objektif bagi menentukan fakta berasaskan bukti serta mengikut prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber berita: BERNAMA
