
KualaLumpur Kegiatan “doktor” warga asing menawarkan perkhidmatan perubatan tanpa lesen di sebalik premis menjual barangan harian tumpas selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sembilan lokasi dalam operasi khas di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, Pudu, petang semalam.
Serbuan bermula 4 petang itu dijalankan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, hasil risikan selama dua minggu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Datuk Lokman Effendi Ramli berkata 18 warga asing berusia 24 hingga 51 tahun berjaya ditahan, termasuk enam individu yang berlagak sebagai ‘doktor’ dan menawarkan rawatan kepada komuniti warga asing.
Sumber: Berita BERNAMA
📸 Shafiq Hashim / BERNAMA
