




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association di Jalan Ampang, pagi ini.
Beliau berkata sambutan meriah ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keterangkuman yang diraikan bersama rakyat pelbagai kaum.
“Suasana penuh mesra dengan semangat kekeluargaan ini meyakinkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan menghormati perbezaan, dan menjadikannya ruang untuk memperkukuh kefahaman antara satu sama lain,” kata beliau dalam hantaran di FB.
KETANGKASAN DAN KEKUATAN
Anwar berkata Tahun Kuda membawa makna tenaga, ketangkasan dan kekuatan untuk terus mara ke hadapan.
Jelas beliau semangat l ini wajar menjadi dorongan untuk kita bekerja lebih gigih, berani melakukan pembaharuan dan melangkah dengan keyakinan.
“Mudah-mudahan tahun ini membawa prestasi yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan dan kemakmuran yang lebih adil dan menyeluruh buat seluruh rakyat Malaysia,” tambah beliau. – JM
