
Wartawan JM
17 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jangan membiarkan perbezaan pandangan meretakkan hubungan dan menghakis rasa percaya yang telah terbina antara rakyat Malaysia sejak sekian lama.
Sebaliknya, beliau berkata perbezaan ini harus menjadi ruang untuk memperteguh semangat muhibah, menolak prasangka serta memilih jalan dialog, rundingan dan kebijaksanaan.
“Saya yakin Malaysia akan terus melangkah gagah apabila keharmonian, rasa hormat dan ihsan dijadikan pegangan bersama,” kata beliau dalam hantaran di FB sempena mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina.
HARAPAN DAN KEKUATAN
Anwar berkata perayaan Tahun Baharu Cina sentiasa mengingatkan kita tentang kemakmuran, harapan dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.
“Pada tahun Kuda ini, ketekunan, keberanian dan semangat juang diraikan seiring tuntutan untuk bertindak dengan kebijaksanaan serta kesederhanaan,” kata beliau.
Anwar berkata Confucius juga mengingatkan kita bahawa keharmonian lahir apabila manusia saling menghormati dan memahami satu sama lain.
MASYARAKAT BERBILANG KAUM
Jelas beliau inilah asas yang memungkinkan masyarakat berbilang kaum hidup bersama secara aman walaupun berbeza latar budaya dan kepercayaan.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri inilah perbezaan yang harus menjadi ruang untuk memperteguh semangat muhibah, menolak prasangka serta memilih jalan dialog, rundingan dan kebijaksanaan.
“Saya yakin Malaysia akan terus melangkah gagah apabila keharmonian, rasa hormat dan ihsan dijadikan pegangan bersama dan semoga tahun ini, seluruh rakyat Malaysia dilimpahkan dengan kesejahteraan dan kemakmuran,” ujar beliau
Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! Ma Nian Xin Da Yun! – JM
