


PULAU TIOMAN, 19 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan hasrat untuk melihat sektor pertanian di Pulau Tioman diperkasa secara menyeluruh sebagai usaha memperkukuh ekonomi dan jaminan bekalan makanan masyarakat tempatan.
Paduka Baginda bertitah bahawa satu projek pembangunan pertanian yang dirancang di pulau peranginan itu amat penting dan diharapkan menjadi βsuccess storyβ serta penanda aras (benchmark) kepada kawasan lain di negeri ini.
Menurut baginda, kebergantungan sepenuhnya kepada bekalan makanan dari tanah besar bukanlah satu pendekatan yang wajar, sebaliknya Pulau Tioman perlu berusaha membangunkan kapasiti pengeluaran makanan sendiri.
βSebab pertanian ini, saya rasa ada keperluan untuk masyarakat tempatan. Kita tidak boleh mengharap bahan-bahan makanan daripada tanah besar. Jangan kata tanah tak cukup. Tanah itu ada, mencukupi, tetapi tenaga kerja yang perlu diperkasakan. Sikap dan pemikiran juga perlu berubah,β titah Paduka Baginda.
Paduka Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Pelancaran Projek Hidroponik Pintar di Kampung Tekek hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11 pagi diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu Paduka Baginda menekankan bahawa anak-anak muda Pulau Tioman perlu tampil ke hadapan dan bersama-sama menceburi bidang pertanian secara serius, termasuk mendapatkan bimbingan serta latihan teknikal bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam sektor tersebut.
Titah Paduka Baginda lagi, tanah-tanah terbiar di setiap kampung perlu dikenal pasti dan diusahakan semula untuk tujuan pertanian.
βPerbincangan juga boleh diadakan dengan pihak berkaitan termasuk pemilik tanah pusaka dan agensi Persekutuan sekiranya melibatkan tanah di bawah bidang kuasa tertentu.
βJangan beri alasan tiada tanah. Tanah ada, cuma perlu diurus dan diusahakan dengan betul. Mana-mana tanah yang sesuai, kita bincang dan majukan untuk pertanian,β titah baginda.
Sementara itu, Paduka Baginda turut memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat berkaitan usaha memperkasa sektor makanan termasuk penanaman padi di tanah besar sebagai langkah jangka pendek, sebelum Pulau Tioman mampu mengurus dan mengeluarkan hasil makanan sendiri secara lebih tersusun pada masa hadapan.
Sehubungan itu, Paduka Baginda berharap dalam tempoh setahun akan datang, perubahan positif dapat dilihat termasuk pembukaan kawasan-kawasan baharu untuk aktiviti pertanian di pulau berkenaan.
Sebagai tanda komitmen, Paduka Baginda bertitah akan berangkat melawat setiap kampung di Pulau Tioman dalam tempoh setahun bagi meninjau sendiri perkembangan dan pelaksanaan inisiatif tersebut. -KESULTANAN PAHANG
βββ
EMPOWERING THE AGRICULTURAL SECTOR IN PULAU TIOMAN β HRH THE SULTAN OF PAHANG
PULAU TIOMAN, February 19, 2026 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, has expressed his desire to see the agricultural sector in Pulau Tioman strengthened comprehensively as an effort to reinforce the local economy and ensure food security for the community.
His Royal Highness decreed that an agricultural development project planned for the resort island is of great importance and is hoped to become a βsuccess storyβ as well as a benchmark for other areas in the state.
According to His Royal Highness, total dependence on food supplies from the mainland is not an appropriate approach. Instead, Pulau Tioman must strive to develop its own food production capacity.
βI believe agriculture is a necessity for the local community. We cannot continue to rely on food supplies from the mainland. Do not say that land is insufficient. The land is available and sufficient, but the workforce needs to be strengthened. Attitudes and mindsets must also change,β His Royal Highness decreed.
His Royal Highness said this when officiating the launch of the Smart Hydroponic Project at Kampung Tekek today.
His Royal Highness arrived at 11 a.m. and was accompanied by His Highness Tengku Panglima Raja Brigadier General Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
In this regard, His Royal Highness emphasized that the youth of Pulau Tioman must step forward and actively engage in agriculture in a serious manner, including obtaining guidance and technical training to enhance their skills and knowledge in the sector.
His Royal Highness further decreed that idle lands in every village should be identified and redeveloped for agricultural purposes.
βDiscussions can also be held with the relevant parties, including owners of inherited land and Federal agencies if it involves land under certain jurisdictions.
βDo not give the excuse that there is no land. The land exists; it simply needs to be properly managed and cultivated. Any suitable land should be discussed and developed for agriculture,β His Royal Highness decreed.
Meanwhile, His Royal Highness also informed that discussions have been held with elected representatives regarding efforts to strengthen the food sector, including paddy cultivation on the mainland as a short-term measure, before Pulau Tioman is able to manage and produce its own food supply in a more organized manner in the future.
Accordingly, His Royal Highness hopes that within a year, positive changes will be visible, including the opening of new areas for agricultural activities on the island.
As a sign of commitment, His Royal Highness decreed that he will visit every village in Pulau Tioman within the year to personally observe the progress and implementation of the initiatives. -KESULTANAN PAHANG
