MESYUARAT YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya, 19 Februari 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena Perhimpunan Bulanan dan Ihya’ Ramadan, hari ini.

Pertemuan itu menjadi medan penting untuk memperkukuh tekad, nilai dan tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan serta pembangunan negara terus terpelihara. Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangunan manusia mesti berteraskan nilai, syahwat (kawalan nafsu) dan akhlak, dengan penekanan khusus terhadap aspek tersebut sebagai asas pembinaan masyarakat dan negara.

Turut dibincangkan ialah kemajuan teknologi dan kecemerlangan yang tidak boleh dipisahkan daripada pembentukan sahsiah serta tanggungjawab moral. Beliau juga menekankan bahawa keselamatan dan pembangunan negara merupakan tanggungjawab bersama dan bukan dipikul oleh satu pihak sahaja.

Peranan KDN dan agensi keselamatan amat penting dalam menjamin ketahanan negara serta meningkatkan keyakinan rakyat. Kerjasama dan koordinasi antara agensi dalam dan luar KDN perlu diperkukuh bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar.

Antara perkara utama yang dibangkitkan ialah pencapaian dan refleksi tiga tahun, reformasi pendidikan dan kecerdasan buatan (AI), integriti dan tindakan undang-undang, logistik dan keusangan aset, integrasi data prestasi sistem, serta β€˜war room’ dan tadbir urus.

Perjumpaan itu sekali gus mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus, sistem keselamatan dan pembangunan ihsan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri; YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri; dan YBhg. Datuk Seri Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi); Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri; Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha; Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri

MADANIBekerja

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *