𝗕𝗔𝗭𝗔π—₯ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—žπ—”π—‘ π—¦π—œπ—”π— 

PadangBesar (Thailand) : Suasana di Bazar Ramadan Pekan Siam meriah dengan kehadiran orang ramai yang mengambil peluang mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa ketika tinjauan fotoBernama hari ini.

Bazar yang terletak kira-kira 2 kilometer dari sempadan Malaysia itu bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan termasuk masyarakat bukan Islam, malah turut menarik pengunjung dari Malaysia yang sanggup merentas sempadan bagi membeli hidangan istimewa sebagai sajian berbuka.

πŸ“Έ Luqman Hakim Zubir | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *