

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2026 β Menteri Pertahanan, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menerima kunjungan hormat Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Leftenan Jeneral Datoβ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri di Wisma Pertahanan, hari ini.
Leftenan Jeneral Datoβ Seri Haji Muhammad Huzaimi dilantik sebagai Ketua Staf Markas ATM berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Eksekutif Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS).
Dalam pertemuan tersebut, antara yang ditekankan adalah integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang bersih terus menjadi teras utama dalam kepimpinan ATM serta keseluruhan ekosistem pertahanan negara. Kepimpinan tertinggi ATM bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi sentiasa berada pada tahap optimum, malah turut memikul amanah untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara tanpa sebarang kompromi.
Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan Jeneral Datoβ Seri Haji Muhammad Huzaimi atas pelantikan tersebut dan mendoakan agar beliau terus diberi kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan pertahanan dan keselamatan negara.
