Kampung terputus akses komunikasi akibat banjir akan dibekalkan internet satelik Starlink

22 Feb 2026

Kampung yang terputus rangkaian komunikasi di Paitan dan kawasan lain yang dilanda banjir akan dibekalkan perkhidmatan Internet satelit Starlink sementara bagi memastikan penduduk mendapat akses komunikasi untuk bantuan sewajarnya.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata Sabah Net Sdn Bhd sebagai pelaksana telah diarahkan membekalkan segera perkhidmatan berkenaan secara percuma ke kawasan terputus akses komunikasi berikutan pusat menara komunikasi ditenggelami air.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *