73 LOKASI PROGRAM JERAYAWARA BUBUR LAMBUK SABERKAS 2026

KUCHING, 24 Feb – 73 lokasi dipilih bagi Program Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak, SABERKAS, ramadan tahun ini.

Penganjurannya akan dilaksana oleh SABERKAS di peringkat cawangan dan kelab.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merangkap Presiden SABERKAS berkata, lokasi penganjuran ialah di kawasan kampung dan bandar.

Program tersebut telah dilaksana
sejak 21 tahun lepas, dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS di Kuching.

Terdahulu dalam ucapannya, Dato’ Sri Abdul Karim memberitahu, SABERKAS berjaya menganjurkan lebih 300 program belia sepanjang tahun lepas.

Ini termasuk berkaitan sukan, jati diri dan semangat kenegaraan.

Jamalia
Kredit foto: FB YB Karim Hamzah

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *