KES KANSER SARAWAK MENINGKAT 13.6%, 2022-2024

KUCHING, 24 Feb – Jumlah keseluruhan kes kanser di Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dalam tempoh tiga tahun, berdasarkan data terkini 2022 hingga 2024.

Presiden Pertubuhan Pencegahan Kanser Asia Pasifik, APOCP, Profesor Nirmala Bhoo-Pathy mendedahkan rekod menunjukkan sebanyak 2,211 kes dilaporkan pada 2022, meningkat kepada 2,433 kes pada 2023 dan seterusnya 2,511 kespada 2024.

Kanser payudara kekal sebagai kanser paling tinggi dalam kalangan wanita, dengan kira-kira 50 peratus pesakit dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4.

Beliau memaklumkan perkara tersebut semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, di pejabatnya hari ini.

Kanser kolorektal dan paru-paru turut mencatat peningkatan.

Cabaran utama di Sarawak termasuk populasi luar bandar yang besar, kekangan geografi untuk akses saringan serta ketidaksamarataan akses kesihatan antara daerah.

Sehubungan itu, penganjuran
Persidangan Perhimpunan Agung dan Saintifik, Pertubuhan Pencegahan Kanser Asia Pasifik, APOCP Ke-13 dijangka menjadi pemangkin memperkukuh strategi pencegahan dan pengesanan awal di peringkat negeri dan serantau.

ROSE/PR

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *