

Wartawan JM
25 FEB. 2026
Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City telah mengeluarkan nasihat perjalanan menggesa rakyat Malaysia yang kini menetap atau melancong ke Mexico untuk sentiasa berwaspada, berhati-hati, dan berhemah pada setiap masa, terutamanya di kawasan di mana operasi keselamatan sedang dijalankan.
Kenyataan media Wisma Putra memaklumkan rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, juga sedang memantau rapi situasi keselamatan yang tidak menentu di Mexico.
TIADA RAKYAT MALAYSIA
Pihak Kedutaan juga mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas berikutan insiden tersebut.
Keutamaan Kementerian ini adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara.
Dengan kerjasama erat bersama Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Kementerian ini akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.
Rakyat Malaysia di Mexico yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City melalui butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY
Telefon/ WhatsApp:+6016 – 810 0579
(52-155) 2080 8355
Emel: mwmexico@kin.gov.my
