PMX tunai solat Jumaat di Masjid Jamek Pekan Kajang

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
27 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Pekan Kajang.

Beliau berkata khutbah bertajuk “Tunaikan Zakat Fitrah” yang sarat dengan peringatan tentang tanggungjawab menyucikan harta dan menyempurnakan ibadah Ramadan.

Jelas beliau khutbah menekankan kepentingan zakat fitrah sebagai kewajipan yang bukan sahaja menyempurnakan puasa, bahkan menyantuni golongan memerlukan agar mereka turut merasai nikmat Aidilfitri.

“Selesai solat, saya berkesempatan bersalaman, bergambar dan bertukar pandangan dengan para jemaah sebelum kembali ke pejabat untuk meneruskan tugasan rasmi,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *