PMX undang 7 pemuda selamatkan seorang ibu, 2 anak berbuka puasa

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
28 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengundang tujuh pemuda yang bertindak pantas dan penuh keberanian menyelamatkan seorang ibu bersama dua anak kecil dalam nahas di Kundang baru-baru ini untuk berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana hari ini.

Beliau berkata tindakan mereka yang tanpa ragu mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan nyawa insan lain adalah cerminan nilai kemanusiaan yang luhur serta semangat ihsan yang amat tinggi.

Jelas beliau keberanian dan keprihatinan sebegini wajar dihargai serta dijadikan teladan oleh seluruh masyarakat.

“Saya juga menyampaikan sedikit saguhati sebagai tanda penghargaan atas jasa dan keberanian mereka,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata tujuh pemuda ini bukan sahaja wira kepada keluarga yang diselamatkan, malah lambang kemuliaan akhlak, keinsanan dan semangat solidariti rakyat Malaysia yang sentiasa bersedia membantu tanpa mengira latar belakang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *