Kapal berdaftar Malaysia dinasihatkan elak laluan Selat Hormuz

2 Mac 2026
(Info Ringkas)

Semua kapal yang berdaftar di Malaysia dan syarikat perkapalan tempatan dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengelak daripada berlayar menerusi Selat Hormuz sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) berkata ini bagi memastikan keselamatan pelayaran berikutan perkembangan keselamatan di rantau Timur Tengah.

Agensi itu berkata pengendali kapal Malaysia perlu menilai dan merancang semula laluan pelayaran dengan mengambil kira situasi keselamatan semasa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *