Konflik Timur Tengah: Kerajaan akan cuba pertahankan harga minyak RON95 RM1.99 seliter – PMX

1 MAC 2026
(Info Ringkas)

Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara, namun kerajaan bertekad untuk mempertahankan harga petrol RON95 bagi program Budi MADANI RON95 (BUDI95).

Sumber : Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *