

4 Feb 2026
Putrajaya : Kerajaan yakin Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diluluskan Parlimen pada sidang akan datang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata ia bersandarkan sokongan majoriti ahli Parlimen terhadap cadangan reformasi berkenaan, meskipun RUU itu tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, Isnin lepas.
Beliau berkata kebanyakan ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses pengundian menyatakan sokongan terhadap RUU itu.
Fadillah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.
Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2530492
๐ธ Mohd Huzaini Daud | BERNAMA
