



.
๐๐๐ก๐๐๐๐ช๐, ๐ฐ ๐ ๐ฎ๐ฐ โ Lebih 200 pek bubur lambuk disediakan dan diagihkan kepada warga serta rakan agensi dalam Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis sempena Ramadan.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program tahunan itu bukan sekadar mengimarahkan Ramadan, sebaliknya menjadi medium memperkukuh ukhuwah dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota.
โProgram seperti ini memberi ruang kepada warga kerja untuk berinteraksi di luar tugasan operasi harian.
โIa secara tidak langsung mengukuhkan kesepaduan pasukan yang menjadi asas kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan,โ ujar beliau.
Program tersebut merupakan anjuran kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Maritim (KESMAR) bersama Unit Sumber Manusia Maritim Negeri Kedah dan Perlis dengan penglibatan pegawai serta anggota daripada pelbagai bahagian.
Terdahulu seawal 8.00 pagi, peserta berganding bahu menyediakan bahan mentah sebelum proses memasak dilakukan secara gotong-royong di pekarangan pejabat.
Suasana sederhana namun teratur jelas memperlihatkan komitmen dan kerjasama erat antara warga kerja.
Bubur lambuk yang siap dimasak kemudiannya diagihkan kepada seluruh warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis selain turut diserahkan kepada beberapa agensi sahabat sebagai tanda penghargaan terhadap kerjasama strategik yang terjalin selama ini.
Romli dalam pada itu turut berkata, penganjuran program ini selari dengan usaha memperkasa kebajikan warga serta memupuk hubungan harmoni antara agensi penguat kuasa di negeri ini.
โSemangat kebersamaan yang dibina melalui aktiviti dalaman seperti ini akan diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas, khususnya dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara sentiasa terpelihara,โ tambah beliau.
Program berkenaan dijangka diteruskan sebagai aktiviti tahunan bagi menyemai budaya kerja berpasukan yang mampan dan berintegriti dalam kalangan warga Maritim Malaysia di Kedah dan Perlis.
.
