



6 Mac 2026
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Perak Tahun 1447H/2026 di Masjid An-Nur Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar hari ini.
Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Majlis bermula dengan persembahan khas sajak Nuzul Al-Quran, seterusnya bacaan ayat-ayat suci al-Quran beserta terjemahan dan tahlil, sebelum baginda berbuka puasa bersama lebih 2,000 jemputan.
π· Zulfadhli Zulkarnain/BERNAMA
