π—žπ——π—£π—• π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π—žπ——π—£π—• π—§π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨ 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗑 π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π—­π—”π—›π—œπ—₯ 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗑 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—‘π—¨π—­π—¨π—Ÿ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑

KUANTAN, 7 Mac 2026 β€” Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya.

Paduka Baginda berdua menzahirkan doa dan harapan agar sambutan Hari Nuzul Al-Quran pada tahun ini menjadi ruang untuk umat Islam memperkukuh keimanan, memperbanyakkan amalan membaca, memahami serta menghayati isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Paduka Baginda bertitah, peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan detik penting dalam sejarah umat Islam kerana ia menandakan turunnya wahyu pertama kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia.

Sehubungan itu, Paduka Baginda berdua menyeru agar umat Islam terus menjadikan Al-Quran sebagai pedoman utama dalam membentuk peribadi yang berakhlak mulia, berilmu serta berintegriti dalam setiap aspek kehidupan.

Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar nilai-nilai murni yang terkandung dalam Al-Quran seperti keadilan, kasih sayang, kejujuran dan kesederhanaan dapat terus diamalkan dalam masyarakat bagi memupuk perpaduan, keharmonian serta kesejahteraan negeri dan negara. -KESULTANAN PAHANG

β€”β€”β€”

HRH THE SULTAN OF PAHANG AND HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG EXTEND GREETINGS ON NUZUL AL-QURAN DAY

KUANTAN, March 7, 2026 β€” His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, extend their greetings on the occasion of Nuzul Al-Quran Day to all Muslims in the state of Pahang in particular and throughout Malaysia in general.

Their Royal Highnesses express their prayers and hope that the observance of Nuzul Al-Quran Day this year will serve as an opportunity for Muslims to strengthen their faith and increase their efforts in reading, understanding and appreciating the teachings of the Holy Quran in their daily lives.

Their Royal Highnesses note that the event of Nuzul Al-Quran marks an important moment in Islamic history as it signifies the revelation of the first divine message to the Prophet Muhammad (peace be upon him) as guidance and mercy for all mankind.

In this regard, Their Royal Highnesses call upon Muslims to continue making the Holy Quran their primary guide in shaping individuals of noble character, knowledge and integrity in every aspect of life.

Their Royal Highnesses also express hope that the noble values contained in the Holy Quranβ€”such as justice, compassion, honesty and moderationβ€”will continue to be practised within society in order to foster unity, harmony and the well-being of the state and the nation. – KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *