๐—ฃ๐— X ๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐— , ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž

PMX menyantuni badan beruniform di Kem Batalion 2, Pasukan PGA di Kulim, Kedah.
Keamanan yang dikecapi hari ini tidak datang dengan sendirinya . Ia terhasil daripada pengorbanan anggota pasukan keselamatan – PM Anwar.

8 Mac 2026

Kulim (Kedah) : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera berjumlah RM18 juta bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perpaipan dan pendawaian di Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim.

Beliau berkata peruntukan berkenaan membabitkan RM10 juta untuk memulihkan bekalan air di kem itu, sementara RM8 juta lagi bagi membaik pulih sistem pendawaian.

โ€œTadi, sebelum saya masuk (ke dalam kem), saya pergi jumpa dan tanya rakan-rakan anggota (PGA). Saya tanya macam mana keadaan, memang mereka kata air pakai catuan. (Sudah) 2026, mereka berhempas-pulas di lapangan, (apabila) pulang mereka fikirkan catuan air, oleh itu untuk RM10 juta, kita luluskan segera.

โ€œKemudian, untuk pendawaian RM8 juta kita luluskan. Jadi, RM10 juta untuk air dan RM8 juta pendawaian. Ini kes khas di sini kerana saya datang, mereka kata air tidak ada,โ€ kata Anwar semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Kementerian Dalam Negeri hari ini.

MENYANTUNI BADAN BERUNIFORM

Pada majlis tersebut PMX turut menyantuni warga badan beruniform di Kem Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim yang saban hari berada di barisan hadapan menjaga keamanan dan keselamatan negara.

PMX juga mengingatkan bahawa Ramadan bukan sekadar bulan untuk memperbanyakkan ibadah, tetapi juga memperkukuh nilai ihsan, amanah dan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Beliau berkata, keamanan yang dikecapi hari ini tidak datang dengan sendirinya.

Menurut PMX lagi, ia terhasil daripada pengorbanan serta kesiapsiagaan anggota pasukan keselamatan yang mempertaruhkan nyawa di lapangan demi memastikan negara terus aman dan stabil.

Dalam majlis yang sama, PMX turut mengumumkan peruntukan RM2.69 juta bagi membaiki kemudahan beberapa sekolah pondok di Kedah sebagai sebahagian daripada iltizam Kerajaan MADANI memperkukuh institusi pendidikan Islam serta meningkatkan kemudahan untuk para pelajar.

“Semoga ini terus menyemai semangat kebersamaan, memperkukuh keimanan serta mengingatkan kita akan tanggungjawab bersama untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara, Insya-Allah, โ€˜โ€™ jelas PMX lagi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *