SYARIKAT DIDENDA RM50,000 BAGI KESALAHAN PENSTORAN BUANGAN TERJADUAL SECARA HARAM

3 MAC 2026, JOHOR BAHRU โ€“ Sebuah Syarikat yang terlibat dalam aktiviti penstoran buangan terjadual kod SW102, SW110 dan SW422 secara haram di Johor Jaya, Johor telah disabitkan kesalahan dengan hukuman denda sebanyak RM 50,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Tertuduh diwakili oleh Pegurus Syarikat yang berusia 33 tahun telah didakwa bagi dua (2) pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 18(1A) dan Seksyen 19(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Tertuduh telah membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan tersebut dan telah disabitkan kesalahan di hadapan Hakim, Datoโ€™ Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim.

Pihak industri dan masyarakat adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan tegas dikenakan ke atas syarikat, pengarah syarikat serta individu yang terlibat tanpa kompromi.

Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *