Wanita nadi kekuatan keluarga, tiang seri masyarakat dan penggerak penting kemajuan negara.

8 Mac 2026

Di sebalik keluarga yang utuh dan masyarakat yang sejahtera, terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang demi masa depan yang lebih baik.

“Saya secara peribadi, amat menghargai segala pengorbanan wanita dalam kehidupan saya sendiri, khususnya Azizah serta anak-anak yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran dan dukungan sepanjang perjalanan perjuangan ini.

“Sesungguhnya, kekuatan yang sama juga terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara, para ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga dan pemimpin masyarakat yang setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta, ” kata Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di laman sosialnya.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, marilah kita bersama-sama menghargai peranan dan sumbangan besar wanita, serta memastikan mereka terus dihormati, diperkasa dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

Jelas PMX lagi wanita adalah kekuatan, harapan dan masa depan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *