๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž.

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿต ๐— ๐—ฎ๐—ฐ – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Bubur Lambuk yang berlangsung di Masjid Darul Naim, Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak baru-baru ini.

Program ini disertai oleh warga Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), melibatkan ketua-ketua seksyen, kapal, bot serta pegawai dan anggota Maritim Malaysia dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan keceriaan sempena bulan Ramadan.

Program tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana yang berlangsung pada 7 Mac lalu.

Melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, anggota-anggota bukan sahaja berganding bahu menyediakan juadah tradisi Ramadan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja Maritim Malaysia dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan.

Laksamana Pertama Maritim Hj. Mohd Khairi bin Abd Aziz, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, berkata program berkenaan merupakan inisiatif tahunan agensi itu dalam menyemarakkan Ramadan melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Menurut beliau, aktiviti seperti ini bukan sahaja menghidupkan nilai kebersamaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia, malah dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta nilai keprihatinan terhadap masyarakat.

Program tersebut menyemai semangat kesukarelawanan dan kerjasama dalam kalangan anggota. Suasana ceria dan penuh muhibah jelas terpancar sepanjang program berlangsung, sekali gus mencerminkan komitmen warga Maritim dalam memupuk nilai perpaduan serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *