




9 Mac 2026
KualaLumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai solat jenazah Allahyarham Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang juga tokoh pemikir peradapan kontemporari Islam di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), hari ini.
Anwar yang tiba pada 11.25 pagi turut disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi serta bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.
Solat jenazah diimamkan oleh anak Allahyarham iaitu Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Turut berangkat memberi penghormatan terakhir Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
πΈ Affan Fauzi | BERNAMA
