



๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ, ๐ญ๐ฌ ๐ ๐ฎ๐ฐ โโ Sebanyak 2,500 bubur lambuk dimasak dan diagihkan dalam Program Kongsi Bubur Lambuk anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P. Labuan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, program berkenaan bukan sekadar aktiviti memasak bubur lambuk, sebaliknya platform mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan di negeri ini.
โSebanyak 2,500 bubur lambuk berjaya dimasak secara gotong-royong sebelum diagihkan kepada warga kerja agensi serta jabatan yang hadir.
โProgram ini menjadi ruang untuk kita berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama antara agensi sepanjang Ramadan,โ katanya lagi.
Program Kongsi Bubur Lambuk ini telah dikendalikan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) bagi pihak Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan yang dipengerusikan Komander Maritim Effendy Mohamed Fadhil.
Sementara itu, INTAN Kampus Sabah turut menyediakan fasiliti serta sokongan logistik bagi memastikan kelancaran program yang dijalankan secara gotong-royong itu.
Antara jabatan yang menerima agihan bubur lambuk ialah Pejabat Daerah Tuaran, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, Jabatan Laut Malaysia (JLM), Politeknik Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Sekolah Kebangsaan Lapasan serta Jabatan Sukarelawan Malaysia melalui Pusat Latihan RELA.
Turut hadir mewakili Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah ialah Presiden Kelab KERIS, Josliw Matjumping.
Khairulanuar dalam pada itu turut berkata, program seumpama itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan Ramadan, malah memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan yang disifatkan sebagai usaha kecil tetapi membawa makna besar dalam menyemai nilai perkongsian dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
