




YAN, 10 Mac 2026 โ Bermula secara spontan ketika menunggang motosikal di tepi bendang sambil menikmati secawan kopi, idea โKopi Waktuโ yang diilhamkan oleh Hafiz Ahmad, 35 tahun, kini menjadi satu aktiviti komuniti yang mengumpulkan penduduk setempat setiap minggu di kawasan berlatar belakangkan Gunung Jerai.
Menurut Hafiz yang bekerja sebagai pereka di Sungai Petani, idea tersebut tercetus secara tidak sengaja apabila rakan-rakan di tempat kerjanya tidak mengetahui suasana kampung tempat beliau tinggal.
Pada awalnya, beliau hanya mengajak kira-kira tujuh hingga lapan penduduk kampung untuk minum kopi sambil bersembang di tepi bendang sebelum aktiviti itu mula menarik lebih ramai penyertaan.
Program santai yang diadakan setiap Ahad pada waktu petang itu kemudiannya berkembang apabila rakan-rakan lain turut serta, termasuk membantu membancuh kopi untuk pengunjung yang datang menikmati suasana nostalgia dengan latar pemandangan sawah padi serta pakaian tradisional.
Kini, minuman kopi yang pada mulanya menggunakan Kopi Cap Raga turut mendapat tajaan daripada pengeluar kopi berkenaan, dengan kira-kira 20 paket kopi digunakan setiap minggu.
Setiap cerek mampu menghasilkan sekitar 30 cawan kopi, menjadikan jumlah hidangan mencecah antara 700 hingga 800 cawan bagi setiap sesi.
Selain menarik kehadiran masyarakat tempatan, Kopi Waktu juga menjadi tarikan kepada pelancong luar dari Indonesia, Singapura, Perancis dan Thailand yang singgah untuk merasai pengalaman minum kopi dalam suasana desa.
Hafiz berharap inisiatif tersebut dapat terus mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama, di samping mengimbau nostalgia kehidupan kampung serta mengeratkan hubungan dalam komuniti majmuk.
Sumber Berita:
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
