Bazar Ramadan Ubat Rindu Perantau Malaysia di Beijing

10 MAC 2026

Berada jauh dari tanah air tidak menghalang komuniti Malaysia di Beijing daripada merasai kemeriahan bazar Ramadan yang mereka anjurkan di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Bazar cetusan Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) Beijing itu menyajikan pelbagai hidangan tradisional dan popular seperti nasi kerabu, sate, cendol serta aneka kuih-muih, sekali gus menghidupkan suasana berbuka puasa yang sering dirindui rakyat Malaysia di perantauan.

Bagi pelajar Universiti Jiaotong Beijing, Putera Mikael Heikal Syhaiful Afanddi, 24, meskipun bazar itu tidak sebesar di Malaysia, suasana yang dibawakan sedikit sebanyak mengubat kerinduannya pada kemeriahan Ramadan di tanah air.

β€œSaya sangat teruja melihat suasana di sini dengan kehadiran ramai pengunjung. Terdapat banyak makanan yang susah untuk didapati di Beijing seperti kek batik dan cendol,” katanya ketika ditemui Bernama.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *