
10 Mac 2026
Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar membantu pergerakan rakyat Malaysia yang terkandas di Qatar ke Jeddah dengan menaiki bas sebagai sebahagian daripada pengaturan evakuasi pada Isnin.
Dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, kedutaan itu memaklumkan bahawa sebelum berlepas, Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal Razali telah menyampaikan ucapan kepada kumpulan berkenaan dan menzahirkan penghargaan atas kerjasama serta sokongan mereka yang membantu memastikan proses evakuasi berjalan lancar.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia kini berada pada fasa akhir persiapan untuk melaksanakan proses evakuasi rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat, susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing di rantau itu.
