🇲🇾 RANCAKKAN MADANI | KEPEMIMPINAN BERPRINSIP, NEGARA BERDAULAT

9 Mac 2026

Kedaulatan dan keamanan negara tidak hanya dipertahankan melalui kekuatan pasukan keselamatan semata-mata, tetapi juga melalui kepimpinan yang berprinsip, integriti yang kukuh serta kesatuan rakyat dalam mempertahankan negara.

💬KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI

“Negara ini mesti dipertahankan daripada pengaruh dan muslihat yang boleh merosakkan sistem serta menggugat kedaulatan negara.”

  • YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
    Perdana Menteri

Bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama seluruh jabatan dan agensi di bawahnya, amanah menjaga keselamatan negara menuntut kewaspadaan berterusan terhadap sebarang ancaman, termasuk pengaruh dan muslihat yang boleh menggugat kestabilan sistem serta kedaulatan negara.

Dalam dunia yang semakin kompleks, usaha mempertahankan negara memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, pasukan keselamatan dan rakyat bagi memastikan Malaysia kekal aman, stabil dan berdaulat.

Mesej ini menjadi peringatan penting kepada seluruh rakyat bahawa kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipelihara dengan semangat patriotisme, integriti dan kesetiaan kepada negara.

KDN bersama seluruh jabatan dan agensi akan terus komited memperkukuh keselamatan negara serta mempertahankan kedaulatan tanah air selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sumber: Majlis Berbuka Puasa Bersama Badan Beruniform, Dewan Serbaguna Kem Batalion 2 PGA, Kulim, Kedah | 7 Mac 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *