Pelancaran MY-AI Standards buktikan Malaysia terus perkukuh agenda AI

Oleh: Sholina Osman
10 MAC 2026

Malaysia terus memperkukuh agenda kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) negara dengan pelancaran MY-AI Standards,
sebuah platform digital nasional yang menjadi pusat rujukan bagi pembelajaran, kolaborasi dan sokongan kepada pelaksanaan standard AI.

Kenyataan media Kementerian Digital melalui CyberSecurity Malaysia memaklumkan bahawa inisiatif ini selari dengan aspirasi AI Nation 2030 serta menyokong Pelan Tindakan AI Malaysia 2026–2030, yang memberi tumpuan kepada mempercepat penggunaan AI dalam sektor strategik, membangunkan bakat AI negara serta memperkukuh tadbir urus teknologi secara bertanggungjawab.

Platform ini juga menyokong usaha
kerajaan memperkukuh asas Kepercayaan Digital, selaras dengan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026–2030, bagi meningkatkan keyakinan terhadap ekosistem digital Malaysia.

MEMBANTU SEKTOR AWAM

MY-AI Standards diwujudkan bagi membantu sektor awam, industri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta institusi akademia memahami dan melaksanakan
standard AI antarabangsa secara lebih sistematik dan praktikal, sekali gus memastikan inovasi teknologi berkembang selari dengan prinsip keselamatan, etika, ketelusan dan kebolehpercayaan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong; Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Fabian Bigar; Timbalan Ketua Setiausaha, Pembangunan Digital MA Sivanesan serta Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia Al-Ishsal Ishak.

STABDARD AI ANTARABANGSA

Platform ini memusatkan rujukan kepada standard AI antarabangsa serta menyediakan panduan pelaksanaan dan alat sokongan seperti templat dan senarai
semak bagi membantu organisasi menilai tahap kesiapsiagaan mereka.

Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pembangunan standard AI global melalui penyertaan dalam ISO/IEC JTC 1/SC 42, iaitu jawatankuasa teknikal antarabangsa yang membangunkan standard kecerdasan buatan.

Al-Ishsal berkata β€œMY-AI Standards merupakan langkah strategik negara
untuk memastikan pembangunan AI dilaksanakan secara selamat, telus dan berintegriti.

YANG SEMAKIN BERKEMBANG

Dalam landskap AI yang semakin berkembang, dasar sahaja tidak
mencukupi tanpa standard yang jelas dan boleh diaudit,”.

Sementara itu, Gobind menegaskan β€œKepimpinan dalam AI bukan sekadar
tentang teknologi tercanggih, tetapi tentang membina kepercayaan dalam ekosistem digital negara melalui tadbir urus yang mantap serta pematuhan kepada standard
yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.”

Kerjasama antara CyberSecurity Malaysia dan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan secara berkesan, sekali gus
meningkatkan kesiapsiagaan sektor awam, memperkukuh daya saing industri serta menyokong pembangunan ekonomi digital Malaysia yang selamat dan dipercayai. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *