𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ„π’ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π‹π€πŒ π’π„πŠπˆπ“π€π‘ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

11 MAC 2026

OKS telah melakukan kesalahan iaitu menjalankan operasi tanpa mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Kesalahan tersebut telah menyebabkan kilang melanggar syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) pada 18 Jun 2021.

OKS telah didapati bersalah pada 10 Mac 2026 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 40,000.00 bagi satu (1) kesalahan di bawah Seksyen 34A(7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak untuk disabitkan dan dibawa ke mahkamah.

JAS Negeri Selangor sentiasa serius dan komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang awam adalah dialu-alukan untuk melaporkan aktiviti pencemaran alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *